PRU15: Sungai Buloh milik siapa?
Iklan
Kerusi Parlimen Sungai Buloh dengan tidak semena-mena menjadi salah satu kerusi 'panas' pada PRU15.
BAGI menganalisis peluang calon-calon bertanding di kerusi-kerusi 'panas' sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sinar Premium menggunakan sistem skor kad untuk menilai prestasi, populariti dan peluang mereka untuk memenanginya.
Sistem skor kad ini adalah berteraskan kaedah penilaian lima faktor penting yang terdapat pada calon dan parti diwakilinya seperti imej dan populariti calon, kekuatan parti di kawasan, pengaruh calon dalam parti, tawaran manifesto kawasan dan peluang calon untuk menang.