89 keluarga terjejas banjir di Bagan Datuk

Iklan
Hujan lebat berterusan selama empat jam menyebabkan limpahan air dari saliran utama ke beberapa kampung di Bagan Datuk di sini, pada pagi Selasa.

BAGAN DATUK - Hujan lebat berterusan selama empat jam menyebabkan limpahan air dari saliran utama ke beberapa kampung di sini, pagi tadi.

Pegawai Daerah Bagan Datuk, Muhamad Ghopran Yeop Hamzah berkata, sebanyak 89 keluarga terlibat dalam kejadian banjir tersebut.

Iklan
Iklan

"Mukim terlibat adalah Teluk Bharu, Hutan Melintang, Rungkup dan Bagan Datuk.

"Pemantauan berkala dilakukan oleh agensi penyelamat, penghulu mukim dan jawatankuasa daerah," katanya.

Iklan

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan air naik terlalu cepat berikutan hujan lebat berterusan sejak malam Isnin.

Penduduk segera menyelamatkan harta benda dan barang peribadi ke tempat lebih tinggi bagi mengelak kerosakan.

Iklan

Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dalam daerah ini kecuali di Teluk Intan pada Ahad lepas.