PRU15: Jangan 'lagakan' orang, terutama sama parti

Iklan
Din

DUNGUN - Semua pihak diingatkan supaya tidak melaga-lagakan orang sehingga mengeruhkan hubungan, sebaliknya beri tumpuan kepada usaha untuk mengetengah dan menyelesaikan isu-isu rakyat.

Timbalan Pengerusi BN Terengganu, Datuk Din Adam berkata, perkara seumpama itu tidak perlu ditimbulkan sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, kerana perbuatan itu tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada rakyat dan negara, apatah lagi dalam parti yang sama.

Iklan
Iklan

"Saya sokong penuh Nurhisam dan beliau boleh bawa (rakyat) ke hadapan. Tak pernah ada suara saya tidak menyokong, saya yang cadangkan beliau bertanding maka tiada masalah," katanya pada program ramah mesra Pengerusi BN Terengganu bersama calon Parlimen Dungun di Paka dekat sini, malam Selasa.

Sementara itu, Nurhisam berkata, usaha segelintir pihak yang cuba melaga-lagakan beliau dan Din adalah 'adat kempen' pihak tertentu yang semakin ketandusan idea untuk dijadikan modal politik.

Iklan

"Saya daripada awal direstui Datuk Din, Datuk Seri Ahmad dan juga Top 5, yang memilih saya selaku wakil untuk bertanding di Parlimen Dungun. Saya dengan Datuk Din memang sebelum ini, selalu berurusan bersama dengan baik," katanya.

Parlimen Dungun menyaksikan pertembungan lima penjuru antara calon BN Nurhisam, penyandangnya dari Pas, Wan Hassan Mohd Ramli; Datuk Dr Mohd Johari Mohamad (PH-PKR); Noraisah Hasan (Pejuang) dan Ghazali Ismail (Bebas).

Iklan

Pada PRU14, Wan Hassan memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 13,119 undi menewaskan Din (BN) dan Abd Rahman Yusof (PKR). - Bernama