[VIDEO] Jamil Khir sifatkan simbah cat tindakan 'mudah koyak'
Iklan
Poster calon BN Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom disimbah dengan cat hitam di simpang empat Jalan Pulau Bunting, Yan pada malam Ahad. - Foto PDRM
YAN - Calon BN Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak terkesan dengan provokasi posternya yang disimbah cat hitam di simpang empat Jalan Pulau Bunting, Yan pada malam Ahad.
Menurutnya, tindakan yang melampau itu sebahagian daripada asam garam politik yang mungkin individu tersebut tidak tahan dengan tekanan sepanjang tempoh sembilan hari kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Iklan
Iklan
"Saya melihat Ini asam garam politik dan saya telah bertanding dalam PRU selama tiga kali jadi saya faham kadang-kadang keadaan bila satu pihak tidak tahan tekanan yang bahasa orang utara kata 'mudah koyak'.
"Jadi 'mudah koyak' mental ini, dia tak tahan Ini lalu diterjemahkan dengan provokasi seperti Ini. Kita ingatkan pada pengundi bahawa kita bukan berperang atas jalanan, Kita berperang atas kertas. Sepatutnya atas kertas itulah kita pangkah nanti," katanya semasa ditemui pemberita pada Isnin.
Iklan
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Beliau yang juga Pengerusi UMNO Kedah berkata, kejadian itu seharusnya tidak berlaku sebaliknya menggunakan saluran yang betul iaitu dengan memangkah di atas kertas undi.
"(Individu tersebut seharusnya) terjemahkan (perasaan) marah ke, suka ke, sayang ke di atas kertas dan bukan dengan menterjemahkan menyimbah cat ke atas wajah atupun poster-poster (calon).
Iklan
"(Walaubagaimanapun) ini merupakan provokasi yang sangat melampau yang satu perkara kepada saya Ini menampakkan bahawa ketidakmatangan dalam politik," ujar Jamil Khir.
Pada Ahad, media melaporkan poster Jamil Khir disimbah dengan cat hitam dan satu laporan polis telah dibuat.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, satu laporan diterima oleh pihaknya berhubung kejadian tersebut pada jam 12.35 tengah malam pada Ahad.
Menurutnya, kejadian poster tertera gambar calon itu disimbah cat disedari oleh UMNO bahagian Jerai selepas menerima aduan daripada pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>