Tasik Kenyir

Iklan
Pemandangan Tasik Kenyir yang terletak dalam Parlimen Hulu Terengganu merupakan kawasan pelancongan terkenal di Terengganu.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rozi Mamat bercita-cita untuk memperkasakan insfrastruktur pelancongan terutama di Tasik Kenyir jika diberi mandat sebagai ahli Parlimen.

Selain itu beliau berhasrat memperkasakan infrastruktur pendidikan di Hulu Terengganu bagi melahirkan lebih ramai golongan cerdik pandai daripada daerah itu.

Rozi turut mempunyai pengaruh kuat di Hulu Terengganu dan pastinya beliau mempunyai strategi untuk merampas semula kerusi yang pada awalnya milik BN itu, termasuk akan berusaha bersemuka dengan seramai mungkin pengundi di kawasan itu.