PRU15: Polis buka kertas siasatan kes gambar calon DUN Bebar
Iklan
Ramli
KUANTAN - Satu kertas siasatan dibuka berhubung kes gambar salah seorang calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebar, Pekan yang disalahgunakan pihak tertentu bagi mencemarkan imej calon tersebut.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, gambar tersebut disebarkan melalui pesanan mesej bergambar dengan ayat yang menjelekkan bertujuan memburukkan calon itu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, laporan polis berhubung kejadian itu diterima daripada seorang lelaki pada Jumaat dan kes disiasat di bawah Seksyen 11(1)(d) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sementara itu, Ramli berkata, sepanjang tempoh 24 jam pada Jumaat, sebanyak 186 permohonan permit kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah diterima di seluruh negeri dan diluluskan.
Iklan
"Daripada jumlah permit kempen yang diluluskan itu, 180 daripadanya adalah permit untuk ceramah,” jelasnya.
Tambah beliau, dalam tempoh 24 jam pada Jumaat, pihaknya menerima 29 laporan polis berkait pilihan raya dan satu kertas siasatan telah dibuka untuk siasatan lanjut.
Iklan
"Setakat ini jumlah keseluruhan laporan polis yang diterima dalam tempoh kempen sehingga semalam adalah sebanyak 181 laporan dan lapan kertas siasatan telah dibuka di negeri ini,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>