[VIDEO] 'Tiada keperluan isytihar harta' – Abdul Hadi
Iklan
Abdul Hadi
MARANG – Pas tidak melihat wujudnya keperluan untuk pemimpin atau calon parti tersebut mengisytiharkan harta masing-masing berikutan kebanyakan mereka tidak mempunyai aset yang banyak.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, masyarakat dan penduduk setempat juga sudah mengenali pemimpin atau calon Pas.
Iklan
Iklan
"Harta kita tidak banyak, orang lain sebut juta-juta, kita ratus ribu tidak sampai juta (jadi) tidak payah isytiharlah. Memang ada orang kita jutawan tapi tidak terlibat dengan politik.
"Calon kita di tempat masing-masing, masyarakat lebih tahu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, di sini pada Jumaat.
Iklan
Bagaimanapun kata Abdul Hadi, Pas tidak menghalang sekiranya ada mana-mana pemimpin daripada parti itu yang mahu mengisytiharkan harta dimiliki mereka.
Ditanya sekiranya pendirian Pas tidak mengisytiharkan harta akan dimanipulasi oleh pihak lawan, penyandang kerusi Parlimen Marang itu berkata, Pas telah berjaya menunjukkan kepimpinan yang bersih di tiga negeri.
Iklan
"Nampaknya kepada Pas dia (lawan) tidak boleh buat apa kerana tiada salah laku. Kita perintah Kelantan, Terengganu dan Kedah namun tiada orang kita diheret ke mahkamah tapi dalam PH ada, BN ada,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>