PRU15: Penduduk Kampung Gajah mahu pembangunan moden
Iklan
Penduduk mahukan pekan Kampung Gajah dinaik taraf menjadi sebuah bandar seiring dengan pembangunan ekonomi negeri. (Gambar kecil:Suhaili dan Nordin)
PASIR SALAK - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah berharap lebih banyak pembangunan dilaksanakan di kawasan itu terutama infrastruktur dan pendidikan.
Meskipun mempunyai produk pelancongan warisan yang terkenal, jurang pembangunan moden dilihat jauh jika dibandingkan dengan Teluk Intan atau Seri Iskandar berhampiran.
Iklan
Iklan
Peniaga, Suhaili Rohani, 34 berkata, masih ada penduduk di kawasan pedalaman seolah-olah tercicir daripada arus permodenan apabila tidak mendapat kemudahan termasuk liputan talian telekomunikasi.
"Penduduk di Sungai Buaya tidak menerima liputan talian hinggakan tidak dapat menggunakan gajet bagi tujuan pendidikan dan sebagainya. Anak-anak pun sering merungut tidak boleh menggunakan telefon bimbit.
Iklan
"Selain itu, kami mahukan pekan Kampung Gajah dinaik taraf menjadi sebuah bandar yang dapat menyediakan segala keperluan. Tidak perlulah kami bergerak jauh sehingga ke Ipoh bagi mendapatkan barang kerana tidak semua penduduk berkemampuan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pembangunan Komuniti Daerah Perak Tengah, Nordin Abdul Malek berkata, kawasan itu dilihat benar-benar membangun ketika di bawah kepimpinan bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib pada tahun 1999.
Iklan
"Ketika zaman pemerintahan British pun, Kampung Gajah ini menjadi rebutan kerana kedudukannya yang strategik dari segi sungainya, ekonominya dan mempunyai tanah-tanah yang subur.
"Sepatutnya pada hari ini kita sudah menerokai sistem ekonomi moden terutamanya pertanian, kerjaya yang mempunyai nilai masa depan kepada generasi baharu.
"Kawasan ini tidak mempunyai apa-apa pembangunan yang boleh dianggap mengujakan melainkan hanya aktiviti biasa yang dijalani penduduk," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.
Menurutnya, Kampung Gajah berpotensi besar menjadi sebuah bandar yang lebih progresif dan moden berikutan kaya dengan hasil pertanian dan warisan.
"Aspek tersebut antara yang memberi nilai tambah kepada sesuatu kawasan. Pembangunan kawasan ini tertinggal hampir 20 tahun dari segi pembangunan sosio ekonomi, budaya dan warisannya.
"Kami berharap wakil rakyat baharu dapat bekerjasama dengan pihak berpengalaman seperti kami supaya pembangunan kawasan ini dapat dirancang dengan sebaiknya demi kesejahteraan penduduk," katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil