Banjir: Lapan rumah di Ijok dinaiki air

Iklan
Sebanyak lapan buah rumah di Ijok dinaiki air susulan hujan berterusan pada pagi Jumaat. -Foto: JBPM Selangor.

KUALA SELANGOR - Sebanyak lapan buah rumah di Jalan Rukun, Ijok di sini dinaiki air sedalam 0.15 meter susulan hujan berterusan pada awal pagi Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa terdiri daripada 13 lelaki, tiga wanita dewasa dan empat kanak-kanak.

Iklan
Iklan

"Setelah membuat pemantauan, didapati kawasan terbabit dinaiki air sedalam 0.15 meter sekitar jam 10.41 pagi dan trend air semakin menurun.