Moral jentera PH pada tahap tertinggi

Iklan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diiringi calon PH, Dr S Streram ketika hadir pada program Santai Bersama Masyarakat Kuala Sawah Pasir sempena kempen PRK DUN Rantau, hari ini. - Foto Sinar Harian Adam Amir Hamzah

SEREMBAN - Moral jentera PH bagi menghadapi PRK DUN Rantau berada pada tahap tertinggi ketika tempoh berkempen berbaki sehari, kata presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah, yang juga Timbalan Perdana Menteri, yang menyantuni penduduk pada hari ke-13 kempen PRK berkenaan berkata, masing-masing menunjukkan semangat yang tinggi untuk menawan kerusi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Nampak gaya memang bagus, tingginya rasa semangat untuk kita sama-sama menangani masalah pilihan raya kecil, sebab ini (PRK) berlaku kerana Dr Streram (calon PH) telah dinafikan hak untuk bertanding pada pilihan raya lalu," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Streram.

Iklan

Sementara itu ditanya sama ada barisan pemimpin tertinggi PH akan turun pada hari terakhir berkempen esok, beliau berkata, ia masih belum diputuskan.

"Tengoklah jadual... sebab esok hari Kabinet dan kita ada kerja-kerja pentadbiran yang kita perlu buat," katanya. Dr Wan Azizah, dalam kesibukannya, sempat meluangkan masa menyantuni warga emas dan golongan asnaf dengan menziarahi tiga buah rumah penduduk di Kampung Sega Tengah dan lima buah rumah di Kampung Sega Hilir.

Iklan

PRK DUN Rantau, Sabtu ini, menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Dr Streram, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon Bebas iaitu suri rumah, R. Malarvizhi dan bekas pensyarah, Mohd Nor Yassin. - Bernama