PRU15: Rodziah buka ruang anak muda kongsi masalah

Iklan
Rodziah (tengah) bersama anak-anak muda ketika mengadakan kempen di kawasan Parlimen berkenaan.

AMPANG - Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Ampang, Rodziah Ismail mengambil pendekatan membuka ruang buat anak muda untuk menyuarakan isu berbangkit untuk diselesaikan.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan itu berkata, cadangan dan pandangan boleh disuarakan pada Program Bicara Bersama Belia Ampang dijadualkan di beberapa lokasi pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Jadi mudah untuk saya memikirkan apakah tawaran lain selain manifesto PH secara nasional (untuk ditawarkan kepada anak muda Ampang),” katanya selepas menemui pengundi Ampang Campuran di sini.

Rodziah berkata, anak-anak muda di kawasan berkenaan yang mahu menyertai program itu diminta memantau jadual serta perjalanan program yang akan dikemaskini di laman media sosial rasmi beliau.

Iklan

"Saya mengharapkan mereka datang dan mencadangkan (pandangan). Kita tahu mungkin ada yang sibuk bekerja, tetapi mereka boleh lihat mana-mana slot sesuai untuk dihadiri,” katanya.

Iklan