PRU15: Calon PH mahu tarik pelabur bina kilang di Gerik

Iklan
Ahmad Tarmizi (kiri) dan Dr Ahmad Safwan (kanan) ketika ditemui pemberita pada Khamis.

GERIK - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Temengor, Dr Ahmad Safwan Mohamad akan mengetengahkan beberapa cadangan seperti menarik pelabur bagi membuka kilang di sini jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, langkah itu bertujuan membolehkan generasi muda mendapat peluang pekerjaan di Gerik.

Iklan
Iklan

"Kita ada minta supaya kilang dibina tetapi dibawa ke Jelapang, Ipoh dan begitu juga dengan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) tetapi dibawa ke Seri Iskandar,” katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

Dr Ahmad Safwan yang merupakan seorang doktor perubatan yakin pengundi akan membuat pilihan yang bijak pada PRU15.

Iklan

Sementara itu, calon PH bagi Parlimen Gerik, Ahmad Tarmizi Mohd Jam berkata, pihaknya mencadangkan Hospital Gerik dinaik taraf atau dibina baharu bagi memberikan kemudahan kepada rakyat.

"Sekarang ini bagi kes-kes kemalangan, ada mangsa terpaksa dibawa ke Taiping dan Ipoh bagi mendapatkan rawatan yang mengambil masa dua hingga tiga jam,” katanya.

Iklan

Ahmad Tarmizi berkata, isu pemilikan tanah juga perlu diberi perhatian dan diselesaikan segera.

"Karenah birokrasi menyebabkan masih ada masalah tanah yang belum diselesaikan sehingga berpuluh tahun.

"Jika rakyat di Gerik memberi peluang kepada PH pelbagai masalah yang dialami penduduk akan disegerakan," katanya.