PRU15: Muhaini turun padang bantu kempen Ismail Sabri
Iklan
Muhaini beramah mesra bersama wanita-wanita UMNO ketika menghadiri Program Kenduri Rakyat di Felda Tembangan 2, Kemayang pada Khamis. - Foto Bernama
BERA - Menyusuri pepatah ‘di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita di belakangnya,’ Datin Seri Muhaini Zainal Abidin turun padang menyantuni penduduk Felda Tembangau Dua di sini pada Khamis bagi memberi sokongan kepada suaminya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkempen.
Hadir tanpa ditemani Perdana Menteri, Muhaini selesa bertemu tetamu yang hadir pada Program Kenduri Rakyat di situ, secara santai dan bersahaja bertanya khabar dan mengingatkan hadirin untuk keluar menunaikan kewajipan mengundi pada 19 November ini sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Iklan
Iklan
Tidak lupa, Muhaini turut berterima kasih kepada penduduk di situ kerana telah memberikan sokongan yang kuat kepada Ismail Sabri, sejak beliau mula menjadi Ahli Parlimen Bera pada tahun 2004.
Muhaini ketika menghadiri Program Kenduri Rakyat di Felda Tembangan 2, Kemayang pada Khamis. - Foto Bernama
Turut berada di program itu ialah Nasrah Mohd Yusof, isteri calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan Khaizunizam Mohamad Zuldin.
Iklan
Pada PRU15, Ismail Sabri selaku penyandang kerusi Parlimen Bera dicabar calon Pakatan Harapan (PH) Abas Awang dan Datuk Asmawi Harun (Perikatan Nasional). - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>