Amaran hujan berterusan di empat negeri sehingga Jumaat
Iklan
SHAH ALAM - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat negeri dan daerah diaktifkan susulan amaran cuaca buruk di Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.
Nadma dalam satu kenyataan pada Khamis, turut meminta semua pihak yang terlibat meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.