Wanita diragut berhampiran stesen LRT

Iklan
Seorang wanita menempuh detik cemas apabila diragut dua individu dalam kejadian berhampiran Stesen LRT Sri Rampai, Titiwangsa Kuala Lumpur pada Rabu. - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Seorang wanita menempuh detik cemas apabila diragut dua individu dalam kejadian berhampiran Stesen LRT Sri Rampai, Titiwangsa di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika mangsa berumur 25 tahun itu berjalan seorang diri dari stesen LRT berkenan menuju ke Jalan Desa Putra.

Iklan
Iklan

"Siasatan berdasarkan laporan diterima mendapati mangsa didatangi dua individu dipercayai lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

"Kedua-dua suspek bersenjatakan pisau itu kemudiannya meragut beg milik mangsa yang mengandungi komputer riba dan telefon bimbit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Katanya, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian.

"Mangsa tidak dapat mengecam jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki kedua-dua suspek.

Iklan

"Mangsa kemudiannya tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju berikutan kejadian," katanya.