PN tubuh ejen khas pantau ahli kempen untuk parti lain
Iklan
Hamzah - Foto Bernama
TASEK GELUGOR - Perikatan Nasional (PN) akan menempatkan ejen khas untuk memantau ahli parti dalam gabungan itu yang bertindak membantu parti lain berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, sekiranya ejen khas itu mendapat laporan dan mempunyai bukti terdapat ahli dalam gabungan tersebut berkempen untuk parti lain, mereka bakal berdepan tindakan dilucutkan keahlian.
Iklan
Iklan
"Kita akan menempatkan beberapa ejen khas untuk memantau semua ahli parti komponen yang bertindak membantu parti lawan berkempen pada PRU15... Kami juga akan kesan ahli parti (yang berkempen untuk parti lain) berdasarkan laporan yang dihantar oleh ketua atau pengerusi kawasan masing-masing.
Beliau berkata demikian selepas bertemu pengundi bersama calon PN daripada Bersatu bagi Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Senangan di Teluk Air Tawar di sini.
Iklan
Iklan
Hamzah diminta mengulas tindakan yang bakal diambil PN sekiranya ahli dalam gabungan itu membantu parti lain berkempen pada PRU15. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>