VAR tak mampu selesai masalah mutu pengadilan

Iklan
Stuart Ramalingam -Foto Agensi

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) menyambut baik keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang berhasrat untuk menggunakan teknologi video bantuan pengadil (VAR) dalam kancah Liga Malaysia bermula musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam bagaimanapun berpendapat, penggunaan teknologi itu tidak akan menyelesaikan masalah mutu pengadilan sepenuhnya.

Iklan
Iklan

Sebaliknya beliau percaya, program pemerkasaan pengadil perlu kerap dilaksanakan untuk meningkatkan lagi kualiti pegawai perlawanan sedia ada ketika ini.

"Adakah VAR jalan penyelesaian isu pengadilan? Sudah tentu tidak kerana di Liga Perdana Inggeris juga ada isu membabitkan VAR dan saya percaya di Piala Dunia nanti juga akan ada.

Iklan

"Saya percaya FAM sedang melakukan tugas mereka dengan baik untuk memastikan pengadil akan lebih bagus dan ikut transformasi terkini,” katanya pada sidang media di Majlis Pelancaran Setem Edisi Khas Piala Malaysia 2022 di Kuala Lumpur pada Selasa.

Sebelum ini, FAM memberi bayangan teknologi VAR mungkin akan digunakan pada final Piala FA dan Piala Malaysia bermula musim depan.

Iklan

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi ketika mengesahkan perkara tersebut memberitahu, pihak kini dalam proses penelitian dan perbincangan bagi membawa teknologi untuk diguna pakai di Malaysia.