MetMalaysia keluar amaran ribut petir di tujuh negeri

Iklan
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri sehingga 4 petang ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri sehingga 4 petang ini.

Menurut amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) negeri terlibat ialah keseluruhan Perak dan Kedah meliputi Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu..

Iklan
Iklan

Turut terlibat Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang; Cameron Highlands, Jerantut, Maran dan Bera (Pahang) serta Segamat, Batu Pahat dan Kluang di Johor.

Di Sarawak pula kawasan terbabit adalah Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Miri selain Subis, Beluru dan Marudi.

Iklan

Sementara itu, di Sabah melibatkan Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan di bahagian Pedalaman selain Pantai Barat, Tawau serta di Kudat (Kota Marudu). - Bernama

Iklan