Melayu tak percaya lagi pada UMNO
Iklan
Anthony Loke ketika berucap pada majlis Jelajah Anwar Ibrahim di Tampin pada Isnin.
TAMPIN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mendakwa pengundi Melayu sudah hilang kepercayaan kepada UMNO apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurutnya, pengundi Melayu berasakan yang UMNO tidak lagi relevan dan tidak amanah untuk mengetuai pentadbiran dalam kerajaan.
Iklan
Iklan
"Saya tak pernah dengar menteri UMNO digugurkan dan tutup bilik gerakan," katanya ketika berucap pada Jelajah Anwar Ibrahim Ke Negeri Sembilan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah di sini pada Isnin.
Tambahnya, BN hari ini tidak sama seperti BN yang dahulu kerana yang tinggal dalam parti itu hanya UMNO manakala MCA dan MIC dilihat seperti 'separuh mati'.
Iklan
Ujarnya, beliau percaya yang masyarakat Cina tidak lagi menaruh kepercayaan kepada MCA begitu juga masyarakat India terhadap MIC.
"MCA memang dah tak relevan lagi kepada orang Cina dan BN hanya tinggal satu 'badan', tiada lagi 'tangan dan kaki'.
Iklan
"MIC pula cukup berdrama dan cakap nak boikot pilihan raya, tapi tak sampai 24 jam kembali semula kepada UMNO. Calon PH dari kaum India jauh lebih ramai daripada calon India yang diletakkan MIC," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRK KKB: Pemimpin Bersatu berkempen ikut cara sendiri" /><meta itemprop="description" content="PRK KKB: Pemimpin Bersatu berkempen ikut cara sendiri
BERITA SEMASA 3 MEI 2024
Tiada pemimpin utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memboikot calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut sepanjang kempen berlangsung.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, perkara itu sengaja dimainkan bagi memberi gambaran hubungan tidak baik antara pimpinan parti.
Wujud dakwaan sebilangan pemimpin parti itu memboikot Khairul Azhari susulan ketiadaan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam mana-mana kempen calon PN di Kuala Kubu Baharu.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal menjelaskan, Hamzah sentiasa menjalankan tanggungjawabnya terhadap parti dengan berkempen mengikut cara tersendiri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662646/berita/politik/prk-kkb-pemimpin-bersatu-berkempen-ikut-cara-sendiri
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKKB #AhmadFaizalAzumu #pilihanrayakecil #PRN #CalonPN #Bersatu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-03T05:10:38.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WELRc1cD78NXmz4Gs/x180" /><meta itemprop="duration" content="P86S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xvjs6" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xvjs6"></script>