Perak FC ikat bekas penjaga gol Melaka United

Iklan
Bryan See (kiri) menjadi taruhan Perak FC menjaga gawang dalam saingan Liga-M musim depan. - Foto Facebook Perak FC

PERAK FC 'menyambar' bekas penjaga gol Melaka United FC, Bryan See Tian Keat bagi membentuk skuad mantap dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Perkara itu dikongsi skuad Seladang menerusi satu klip video di laman Youtube rasmi mereka, pada Isnin.

Iklan
Iklan

Bryan See bukan nama asing buat peminat bola sepak di Perak kerana beliau pernah menyarung jersi pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada musim 2018 sebelum berhijrah ke Liga Thailand.

Bryan See mempamerkan aksi terbaik ketika diberi tanggungjawab mengalas tugas di gawang sebagai penjaga gol utama Melaka United musim ini.

Iklan

Aksi Bryan See nyata tidak mengecewakan apabila beliau acap kali menyelamatkan pintu gol pasukannya daripada dibolosi.

Walaupun menjadi penjaga gol pilihan kedua pada permulaan musim, Bryan See berjaya memikat hati pasukan kejurulatihan bagi membolehkan beliau menjadi penjaga gol utama Melaka United untuk aksi kelima Liga Super.

Iklan

Penampilan Bryan See bersama Perak FC dinanti-nantikan para penyokong yang mahukan pemain-pemain berkualiti membarisi pasukan kesayangan mereka musim hadapan.

Bryan merupakan pemain ketiga yang dibawa masuk oleh jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim selepas Harith Naem dan Ilham Aqil.