PRU15: GPS mahu kerjasama baik dengan kerajaan Persekutuan

Iklan
Abang Johari ketika sidang akhbar Majlis Pelancaran Manifesto GPS bagi PRU15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada Ahad.

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahukan kerjasama baik dengan kerajaan Persekutuan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tempoh 22 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) adalah satu pengalaman buruk.

Iklan
Iklan

"Malah projek yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu sebelum PH juga telah dibatalkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Majlis Pelancaran Manifesto GPS bagi PRU15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Ahad.

Iklan

Menurut Abang Johari, pengalaman buruk selama 22 bulan itu dijadikan pengajaran dan diharap tidak berulang lagi.

Katanya, semua perkara yang berlaku di sepanjang tempoh tersebut harus diambil kira.

Iklan

"Bak kata pepatah Melayu, jangan pisang berbuah dua kali. Kita mesti sedar dan ambil kira apa yang berlaku semasa pemerintahan PH yang lalu," katanya.

Dalam pada itu katanya, sejak beberapa tahun ini negara banyak membuang masa disebabkan situasi politik yang melanda dan disebabkan itu rakyat mahukan kerajaan yang kuat ditubuhkan selepas ini.

"Seharusnya kita menumpukan pada pelaksanaan dasar yang kita ada untuk rakyat.

"Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi global ketika ini, kemelesetan akan berlaku. Bermakna kita perlu mempunyai dasar yang sangat berkesan untuk meningkatkan ekonomi.

"Pada masa yang sama dapat memastikan bahawa rakyat mempunyai makanan di atas meja dan itu amat penting bagi kami," katanya.