Calon muda, tampan dan berpendidikan taruhan BN di Kulai
Iklan
Jian Boon beramah mesra dan bertemu orang ramai ketika berkempen di Bandar Kulai, Kulai pada Ahad.
KULAI - BN mempertaruhkan calon muda, tampan dan berpendidikan dalam usaha merebut semula kerusi Parlimen Kulai.
Meskipun begitu, Chua Jian Boon, 29, mengakui bukan mudah kerana lawannya adalah Timbalan Pengerusi DAP Johor yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan pada era Pakatan Harapan (PH), Teo Nie Ching.
Iklan
Iklan
Jian Boon yang juga Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Kebangsaan mahu menarik sokongan pengundi terutama golongan muda pada PRU15 ini.
"Ya, saya akui mungkin ada orang akan melihat saya dan beranggapan saya mempunyai wajah yang tampan, tetapi perkara tersebut perlu diikuti dengan komitmen, tekad dan kerja keras demi kesejahteraan rakyat.
Iklan
"Bagi saya, apa yang lebih penting adalah untuk sentiasa senyum dan berfikiran positif kerana pada akhirnya apa yang terpancar di wajah menggambarkan perasaan sebenar kita," katanya ketika ditemui pemberita di bilik gerakannya di sini pada Ahad.
Pada PRU14, Nie Ching yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang di kerusi Parlimen Kulai dengan majoriti 32,748 undi menewaskan calon BN, Tang Nai Soon dan calon Pas, Juwahir Amin.
Iklan
Sementara pada PRU15, selain Nie Ching, Jian Boon juga akan menentang calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Tan Chin Hock.
Jian Boon berharap akan mampu menjadi ikon baharu kepada generasi muda negara ini agar lebih ramai lagi melibatkan diri dalam kancah politik tempatan demi kesejahteraan dan masa depan negara.
Beliau melihat tokoh politik muda seperti Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Nicole Wong sebagai idola yang boleh diikuti golongan muda, itu membuatkannya berazam untuk menjadi seperti mereka.
Mengenai keadaan di daerah ini, Jian Boon yakin pengundi Parlimen Kulai mahukan perubahan kerana setelah 10 tahun diwakili pembangkang tiada sebarang pembangunan dalam skala besar dilakukan.
"Dalam tempoh itu, terdapat banyak infrastruktur yang kurang di daerah ini di mana banyak penambahbaikan dan pembangunan boleh dibawa oleh seorang wakil rakyat yang bukan sahaja muda, bersemangat dan bertenaga, tetapi juga kaya dengan inisiatif dan perancangan.
"Sebagai anak jati Kulai, jika dipilih menjadi wakil rakyat Parlimen ini, saya akan tumpu sepenuh masa dan tenaga dalam menyantuni dan menambah baik kehidupan masyarakat berbilang kaum di sini," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>