BN Permatang Pauh fokus empat isu utama
Iklan
Mohd Zaidi (tengah) bersama penyokongnya ketika sampai di Pusat Penamaan Calon PRU15 Parlimen Permatang Pauh di IKTBN Bukit Mertajam pada Sabtu.
PERMATANG PAUH - BN Permatang Pauh akan menfokuskan empat isu utama untuk diketengahkan sepanjang kempen Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang bermula pada Sabtu.
Calon BN, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, kawasan Permatang Pauh memerlukan perubahan selain penyesaian masalah seperti isu banjir dan kesesakan jalan raya yang membelenggu mereka sejak sekian lama.
Iklan
Iklan
Menurutnya, isu perumahan dan sekolah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan itu akan diperjuangkan oleh BN sekiranya beliau diberi mandat oleh rakyat pada pilihanraya kali ini.
"Di peringkat BN Permatang Pauh, kita akan tampilkan kempen dengan empat isu yang membelenggu rakyat sejak sekian lama dan masih belum diselesaikan seperti isu banjir, isu perumahan,isu jalan raya dan sekolah,"katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), di sini pada Sabtu.
Iklan
Mohd Zaidi berkata, selepas tempoh 23 tahun Permatang Pauh diwakili oleh legasi keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini masyarakat dikawasan itu memerlukan anjakan baharu supaya segala pembangunan di sini yang perlahan dapat dilaksanakan.
Sementara itu, Calon PH yang juga penyandang kerusi berkenaan, Nurul Izzah Anwar berkata, walaupun Permatang Pauh dianggap sebagai kubu kuat PKR namun beliau tidak memandang ringan kemampuan pihak lawan.
Iklan
"Kita perlu menghormati hasrat mana-mana parti untuk bertanding kerana yang kita fokus bukan tentang organisasi lain tetapi pengukuhan parti kita, apa yang mampu ditawarkan dan merealisasikan perubahan," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR itu turut mengharapkan pengundi muda dapat melaksanakan tanggungjawab mereka pada PRU15.
"Saya pernah berumur 18 tahun dan tidak boleh mengundi ketika itu, namun sekarang masa depan saya, masa depan semua kerusi-kerusi di Malaysia, sebahagiannya terletak dalam tangan pengundi muda.
"Jadi undilah baik-baik kerana tidak selalu dapat peluang sebegini lebih-lebih lagi kita nampak pilihannya jelas di depan mata, antara jauhari dengan manikam antara madu dan racun,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi" /><meta itemprop="description" content="Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi awal akan tinggi melibatkan pegawai dan anggota keselamatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu turut berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal yang berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri Kem Erakine Kuala Kubu Baharu.
Dalam pada itu beliau turut menyatakaan keterujaan melihat proses berkenaan yang berlangsung di dua lokasi terlibat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663308/berita/politik/prk-kkb-calon-pn-yakin-peratusan-keluar-undi-awal-tinggi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKKualaKubuBaharu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-07T03:42:34.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/WFzJQ1cEQD2T0psPT/x120" /><meta itemprop="duration" content="P70S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8y4o2i" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8y4o2i"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar" /><meta itemprop="description" content="Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.
Sock Tao berkata, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Jelasnya, keadaan pengundian awal daripada pemerhatiannya sangat teratur dan berjalan lancar.
Beliau berterima kasih kepada pegawai dan anggota serta semua pihak yang terlibat dalam proses undi awal.
Sock Tao terdahulu tiba Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu kira-kira jam 9.05 pagi diiringi seorang pegawainya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663290/berita/politik/prk-kkb-calon-ph-puas-hati-proses-undi-awal-berjalan-lancar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #undiawal #PRKKualaKubuBaharu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-07T02:50:00.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WFya81cEPRl4SMBLg/x120" /><meta itemprop="duration" content="P41S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8y4lqg" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8y4lqg"></script>