Dua muka baharu bertembung calon 'heavyweight'

Iklan
Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Pokok Sena, Ahmad Bawadir Abdul Ghani (dua, kanan) mengumumkan calon-calon PRU15 bagi parlimen Pokok Sena pada Sabtu.

POKOK SENA - Dua muka baharu bertembung dua calon 'heavyweight' dalam pertandingan empat penjuru di Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November depan.

Calon 'heavyweight' dari Pakatan Harapan, Datuk Mahfuz Omar dan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Ahmad Yahya akan ditentang Noran Zamani Jamaludin (BN) dan Noraini Md Salleh (Warisan).

Iklan
Iklan

Pengumuman keempat-empat calon itu dibuat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Pokok Sena, Ahmad Bawadir Abdul Ghani sekitar jam 10.55 pagi.

Ahmad Yahya, merupakan Ketua Dewan Ulama Pas dan Pesuruhjaya Pas Kedah, 47, tiba di Pusat Penamaan Calon Parlimen Pokok Sena di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena kira-kira jam 8.49 pagi.

Iklan

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu selama satu penggal telah dilantik sebagai Senator pada 2020.

Sementara itu, calon Warisan yang merupakan seorang ahli perniagaan, Noraini, 60, tiba bersama seorang pencadang dan penyokongnya kira-kira jam 8.51 pagi disusuli penyandang Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz pada jam 9.04 pagi.

Iklan

Calon keempat dari BN iaitu Naib Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Noran Zamini tiba kira-kira lima minit kemudiannya.

Terdapat seramai 114,838 pengundi di Parlimen Pokok Sena yang merupakan antara kerusi panas dan menjadi kubu kuat Mahfuz sejak 1999.

Untuk rekod, Mahfuz menang di kerusi Parlimen Pokok Sena dengan undian sebanyak 28,989 dengan majoriti 5,558 undi pada PRU14.

Mahfuz menewaskan calon Pas yang juga lagenda bola sepak, Radhi Mat Din yang memperoleh23,401 undi, manakala calon BN, Datuk Said Ali Syed Rastan memperoleh 18,390 undi.