Tian Chua bakal berdepan tindakan

Iklan
ANWAR

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengambil tindakan terhadap bekas Naib Presiden parti itu, Tian Chua yang bertanding atas tiket Bebas di kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin tersebut yang disifatkan sebagai seorang reformis.

Iklan
Iklan

"Saya kesal dia pilih jalan ini (bertanding bebas). Dia seorang reformis dan ini bukan sesuatu yang patut dilakukan oleh beliau.

"Pastinya kita akan ambil tindakan. Sesiapa yang bertanding calon Bebas akan digugurkan keahlian secara automatik," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas penamaan calon di Institut Latihan Perindustrian Ipoh di sini pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Tian Chua yang diumumkan sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Batu pada Sabtu.

Kerusi Parlimen P115 Batu menyaksikan pertembungan 10 penjuru membabitkan calon penyandang, dari Pakatan Harapan (PH), P Prabakaran, pempengaruh media sosial yang juga ahli perniagaan Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin (Bebas), peguam Siti Kasim (Bebas) serta calon Pejuang, Wan Azliana Wan Adnan.

Iklan

Beberapa nama lain yang turut bertanding termasuk calon BN, Datuk A Kohilan Pillay, Azhar Yahya (PN), P Naganathan (Warisan), Too Cheng Huat (Bebas) dan Zulkifli Abd Fatah (PRM).