Bukti vaksin berkesan cegah kanser serviks

Iklan
x-default

SATU kajian telah membuktikan vaksin penyakit Human Papillomavirus (HPV) berkesan mencegah wanita daripada kanser serviks.

Kajian di Scotland itu menunjukkan kesan perbezaan dramatik dalam kes kanser serviks bagi wanita yang divaksin dan tidak divaksin sejak HPV diperkenalkan di negara itu pada 2008.

Iklan
Iklan

Kajian itu melibatkan 138,692 wanita (lahir 1988-1996) dan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori tanpa vaksin, mendapat vaksin berjadual (umur 12-13 tahun) dan mendapat vaksin lewat (umur 14-18 tahun).

Hasilnya menunjukkan penurunan kes sebanyak 89 peratus pada wanita yang divaksin berbanding wanita tanpa vaksin.

Iklan

Keberkesanan suntikan vaksin mengikut jadual juga dibuktikan apabila kesan pencegahan kanser serviks pada kumpulan divaksin mengikut jadual lebih berkesan daripadda kumpulan yang lambat divaksin.

Hasil kajian ini mengukuhkan lagi fakta keberkesanan vaksin bagi perlindungan optimum.

Iklan

Di Malaysia, vaksin HPV diberi percuma dua dos kepada kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun.

Sumber: FB Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang