Beli borang pencalonan saat akhir
Iklan
Mohd Azlan (kiri) dan Mahhadee menunjukkan borang pencalonan yang dibeli di Pejabat SPR Perak pada Jumaat
IPOH - Menjelang hari penamaan calon esok, beberapa bakal calon dilihat mengambil kesempatan mendapatkan borang pencalonan pada saat akhir di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak di sini pada Jumaat.
Seorang bakal calon, Mahhadee Ramlee, 54, yang ditemui berkata, pembelian borang saat akhir dibuat selepas baharu membuat keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Iklan
Iklan
Menurutnya, hanya minggu ini keputusan untuk bertanding itu dimuktamadkan dan borang dibeli pada Jumaat.
"Saya akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai pada pilihan raya kali ini
Iklan
"Keputusan ini saya ambil selepas dinasihatkan rakan-rakan dan masyarakat setempat yang mahukan muka baharu di kerusi ini," katanya ketika ditemui selepas mengambil borang pencalonan di Pejabat SPR Perak di sini pada Jumaat.
Sementara itu seorang lagi calon, Datuk Mohd Azlan Suhaimi, 57, berkata, keputusan bertanding dibuat pada saat akhir selepas Gerakan Tanah Air (GTA) memberikan tawaran bertanding atas tiket gabungan itu.
Iklan
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (Pematap) berkata, borang pencalonan dibeli pada Khamis dan urusan-urusan dokumentasi terakhir dibuat pada Jumaat.
Sungguhpun Perak cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Perak pada Jumaat,, Pejabat SPR Perak beroperasi sehingga jam 12 tengah hari bagi memberi peluang kepada bakal calon untuk menyelesaikan urusan berkaitan pilihan raya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>