Ironkids

Iklan
Hampir 100 peserta cilik menyertai Ironkids hari ini yang menjadi acara pembuka tirai kepada Kejohanan Ironman Malaysia dan Ironman Langkawi 70.3, tahun ini.

Sebanyak dua kategori umur penyertaan terlibat tahun ini iaitu aquathlon untuk tujuh hingga 10 tahun dan aquathlon untuk 11 hingga 15 tahun.

Bagi peserta aquathlon tujuh hingga 10 tahun, disiplin renangan mereka sejauh 100 meter (m) dan larian sejauh 1.8 kilometer (km), sementara untuk peserta kategori 11 hingga 15 tahun, renangan mereka sejauh 200 meter dan larian 3.6km. - Foto Bernama