[VIDEO] 'Proses undi bukan judi'- Idris Ahmad

Iklan
Idris Ahmad (kiri). Tangkap layar video tular yang mendakwa proses pengundian ibarat satu bentuk perjudian.

BAGAN SERAI - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegur tindakan individu yang mengeluarkan kenyataan mendakwa proses pengundian di negara ini ibarat satu bentuk perjudian.

Beliau berkata, perumpamaan itu tidak tepat dan sama sekali tidak boleh disamakan dengan kegiatan judi yang jelas haram di sisi agama Islam.

Iklan
Iklan

"Jangan kita halalkan perkara yang haram dan haramkan perkara yang halal.

"Judi ini satu perkara lain, jadi saya harapkan perkara ini dapat diperbetulkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena Majlis Munajat Perdana dan Pelancaran Calon Pas di Parlimen Bagan Serai di Tapak Pasar Alor Pongsu di sini pada Khamis.

Iklan

Di media sosial tular video memaparkan seorang bekas penyanyi nasyid menyatakan pendirian untuk tidak turun mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Selain mendakwa calon mengeluarkan wang deposit ibarat pertaruhan judi, beliau turut mempersoalkan kewajipan untuk keluar mengundi pada hari pengundian nanti.

Iklan

Mengulas lanjut, Idris berkata, wang deposit adalah sebahagian ketetapan dalam pilihan raya bagi memastikan proses berkenaan berjalan lancar.

Manakala keluar mengundi pula katanya, merupakan tanggungjawab dan hak sebagai warganegara dalam menentukan pentadbiran kerajaan.

"Kalau tiada deposit nanti semua pakat nak bertanding belaka, jenuh juga urus borang. Jadi kena ada deposit dan wang itu dapat semula kepada yang bertanding.

"Sama halnya dengan mengundi, kalau kita tidak mengundi, kita yang rugi kerana pilihan raya tetap diadakan walaupun kita tak turun mengundi.

"Tak kisahlah nak undi siapa, ada akal, ada otak boleh pilih, manakah parti atau calon yang terbaik," katanya.