Tular video tidak puas hati pemilihan calon

Iklan
Tangkap layar video tular kekecohan di Gerik.

GERIK - [DIKEMAS KINI] Menjelang penamaan calon pada Sabtu ini, tular satu video berlakunya kekecohan melibatkan sebuah parti politik di Gerik.

Sumber terdekat memaklumkan kepada Sinar Harian, kejadian itu berlaku pada Selasa dipercayai akibat rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parti berhubung pemilihan calon di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Semasa kejadian, kumpulan ahli parti terbabit berkumpul di sebuah bangunan untuk mengikuti pengumuman calon oleh pemimpin tertinggi parti yang dibuat di Kuala Lumpur.

Video berdurasi 1 minit dan 32 saat yang tular itu menunjukkan berlaku pertikaman lidah, kemudiannya berlarutan hingga hampir berlaku pergaduhan.

Iklan

Bagaimanapun insiden itu berjaya ditenangkan ahli parti lain yang berada di situ.

Iklan