PRU15: Jangan rai berlebihan jika tercalon, kata Mukhriz
Iklan
Mukhriz
BANGI - Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengingatkan semua calon Gerakan Tanah Air (GTA) supaya tidak terlalu berlebihan meraikan kegembiraan apabila dipilih untuk mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata, kemenangan sebenarnya harus diraikan selepas gabungan itu berjaya membentuk kerajaan pada 19 November nanti.
Iklan
Iklan
"Saya mohon kepada kita semua bahawa pengumuman ini bukan sesuatu yg kita boleh raikan kerana baru diumumkan jadi calon, jangan (pula) kita (buat) kenduri syukur.
"Tetapi kita kena ingatkan diri kita, hari ini belum masanya untuk kita raikan kerana keputusan sebenar adalah pada 19 November,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA- Pejuang di Pusat Konvensyen Bangi, di sini pada Rabu.
Iklan
Tambahnya, semua pihak juga turut diingatkan supaya terbuka menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh gabungan berkenaan.
"Saya harapkan kita semua tenang, sabar dan tawakal apabila nama disebut atau tidak disebut,” katanya.
Iklan
Pada Oktober lalu, Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan gabungan itu akan memasuki PRU15 menggunakan bendera dan logo Pejuang.
Beliau berkata, ia berikutan Parlimen dibubarkan sebelum sempat permohonan pendaftaran GTA sebagai sebuah parti politik diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>