SHAH ALAM - Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memaklumkan perbincangan akan dilakukan bersama Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pemilihan calon parti itu di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, langkah itu diambil susulan daripada maklum balas diterima daripada pengundi di kawasan tersebut.