UMNO wajar ganti MCA bertanding di Parlimen Kluang
Iklan
Terdapat 46 peratus pengundi Cina, 42 peratus pengundi Melayu dan 11 peratus pengundi India di Parlimen Kluang. Gambar kecil: Mohd Khairul Ishak
KLUANG - Calon MCA tidak relevan lagi mewakili BN bertanding di kerusi Parlimen Kluang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana sudah kalah dua kali berturut-turut dalam PRU sebelum ini.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Mohd Khairul Ishak berkata, adalah wajar calon daripada UMNO diberikan peluang untuk merebut semula kerusi tersebut daripada Pakatan Harapan (PH).
Iklan
Iklan
"Ini selaras dengan hasrat pucuk kepimpinan UMNO dan BN bagi memastikan calon PRU15 perlu punyai 'winnable candidate' berbanding calon yang telah kalah dua penggal khususnya di Kluang.
"Asasnya telah terbukti rakyat menolak calon tersebut. Kerusi dominan tidak semesti menjadi tradisi bagi mengekalkan kekalahan BN yang berpenggal tanpa pembaharuan atau kajian dasar yang lebih baik membantu kemenangan BN," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Iklan
Pada PRU14, Wong Shu Qi yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) menewaskan calon BN daripada MCA, Gan Ping Siew serta Hasbullah Najib daripada Pas dengan majoriti 23,053 undi.
Mohd Khairul berkata, pembaharuan perlu dilakukan dengan memberi peluang kepada calon baharu dan paling sesuai diberikan kepada UMNO.
Iklan
"Kita yakin jika UMNO diberikan peluang menjadi calon Kluang, kita akan dapat mengembalikan kepercayaan dan mendapat mandat rakyat sekali gus menyumbang kemenangan BN di Johor serta membantu membentuk kerajaan Pusat," katanya.
Difahamkan di Parlimen Kluang, terdapat 46 peratus pengundi Cina, 42 peratus pengundi Melayu dan 11 peratus pengundi India
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>