PSV dijangka hilang khidmat Branthwaite

Iklan
Branthwaite - Foto Agensi

GERGASI Eredivisie Belanda, PSV Eindhoven berkemungkinan kehilangan khidmat Jarrad Branthwaite pada Januari.

PSV menandatangani pemain pertahanan itu dengan perjanjian pinjaman sepanjang musim daripada gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Everton pada musim panas.

Iklan
Iklan

Namun perjanjian itu termasuk klausa yang membolehkan The Toffees memanggilnya semula sekiranya dia tidak mencapai tahap dalam beberapa perlawanan.

Pemain berusia 20 tahun itu ketika ini hanya membuat 10 penampilan bersama PSV dan Branthwaite dikatakan tidak akan mencapai jumlah penampilan dipersetujui sebelum Januari depan.

Iklan
Iklan

PSV berharap dapat mengekalkan pertahanan tengah itu sehingga musim panas, namun telah bersedia dengan pelan alternatif menggunakan khidmat Olivier Boscagli yang hampir pulih daripada kecederaan.