Tragedi Halloween: Malaysia ucap takziah

Iklan
Antara mangsa kejadian rempuhan berkenaan. - Foto EPA

PUTRAJAYA - Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Republik Korea susulan 154 meninggal dalam tragedi sambutan Halloween di Itaewon, Sabtu lalu.

Perkara itu dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Republik Korea. Doa dan simpati buat keluarga mangsa," tulisnya.

Agensi berita tempatan melaporkan 154 termasuk 26 warta asing meninggal akibat insiden itu.

Iklan

Angka kematian dijangka meningkat berikutan 33 mangsa mengalami kecederaan serius.

Insiden itu berlaku pada Sabtu malam apabila sekumpulan besar pengunjung berkumpul sempena pesta Halloween dan memenuhi lorong sempit selebar 3.2 meter di Itaewon, Seoul.

Iklan

Lorong sempit sepanjang 40 meter itu menghubungkan restoran dengan jalan utama dan enam orang dewasa tidak boleh melalui kawasan itu pada masa sama.

Rempuhan itu disifatkan insiden terburuk di Korea Selatan sejak tragedi feri Sewol karam di perairan pantai selatan pada 2014 yang mengorbankan 304 nyawa, kebanyakannya pelajar sekolah menengah.