Angka korban cecah 98 akibat ribut tropika Nalgae di Filipina

Iklan
Hampir 3,500 rumah rosak, 689 kediaman musnah manakala lebih 70 jalan raya terjejas akibat ribut tropika Nalgea di Filipina. - Foto CNA
MOSCOW - Seramai 98 orang maut manakala 69 lagi cedera akibat kejadian banjir dan tanah runtuh di Filipina yang dicetuskan ribut tropika Nalgae (Paeng), lapor Sputnik.

Menurut laporan Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) pada Isnin, ribut itu telah menjejaskan lebih 1.8 juta orang manakala 63 orang masih hilang.

Sebelum ini, NDRRMC pada Sabtu memaklumkan 72 orang terkorban manakala 33 lagi cedera akibat Nalgae.

Hampir 3,500 rumah rosak, 689 kediaman musnah manakala lebih 70 jalan raya, 16 jambatan dan 58 pelabuhan terjejas akibat ribut berkenaan.

Gangguan bekalan elektrik turut dilaporkan di seluruh negara. - Bernama