Annuar Musa tidak tercalon hanya khabar angin

Iklan
Annuar Musa - Foto Bernama

KOTA BHARU - Penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dikhabarkan tidak tercalon untuk mempertahankan kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

'Khabar angin' itu mula bertiup kencang sejak Ahad sekali gus menimbulkan pelbagai polemik dalam kalangan ahli politik di negeri ini termasuklah Parlimen Ketereh.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, sumber dalaman UMNO mengesahkan setakat ini perkara tersebut disifatkan sebagai 'khabar angin'.

Namun jika perkara ini benar-benar berlaku ia pastinya memberikan kesan kepada BN pada PRU15 nanti dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh.

Iklan

Bukan itu sahaja, beliau cukup cemerlang memacu Ketereh sebaik sahaja BN berjaya merampas semula kerusi Parlimen Ketereh pada 2008 lalu.

Limpahan manfaat hasil perjuangan Annuar itu meletakkan tokoh berkenaan berada pada kelasnya tersendiri.

Iklan

Pada PRU14 Annuar berjaya mempertahankan kerusi yang dimenanginya sebelum itu dengan meraih majoriti 4,626 undi menewaskan calon Pas (Wan Ismail Wan Jusoh) dan PKR (Datuk Dr Mohd Radzi Jidin).

Annuar memperoleh undian sebanyak 25,467 undi, Pas (20,841) dan PKR (6,799).