Nelson julang Arsenal

Iklan
Nelson (kiri) meledak dua gol ketika membantu Arsenal menewaskan Forest 5-0 dalam saingan EPL. - Foto Agensi

PEMAIN sensasi, Reiss Nelson mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah membenam Nottingham Forest 5-0 pada Ahad.

Nelson meledak dua gol selepas tampil buat pertama kali dalam kancah EPL musim ini selepas Bukayo Saka terpaksa dikeluarkan.

Iklan
Iklan

"Tidak mungkin ada yang lebih baik daripada itu untuk saya selepas dimasukkan. Sebaik sahaja gol dijaringkan, ia permainan yang cukup hebat.

"Saya bekerja keras dalam latihan, menanti peluang dapat bermain dan saya gembira dapat memperolehnya," katanya.

Iklan

Nelson masuk menggantikan Saka yang mengalami kecederaan buku lali.

Sebelum keluar Saka sempat membantu gol pembukaan Gabriel Martinelli pada minit kelima.

Iklan

Nelson turut membantu Thomas Partey untuk meledak gol keempat pada minit ke-57.

Martin Odegaard melengkapkan kemenangan The Gunners ketika permainan berbaki 13 minit.

Kemenangan itu melonjak skuad kendalian Mikel Arteta satu mata di depan Manchester City untuk kembali memimpin carta.

"Bagus dapat berada di sana. Ia sentiasa sukar untuk menang di liga ini dan hari ini (Ahad) kami berdepan perlawanan yang rumit selepas bermain di Eropah.

"Saya rasa pasukan bertindak balas dengan baik," ujar Arteta.

Ia minggu yang malang buat Arsenal selepas terikat 1-1 di Southampton dan kemudian kalah 2-0 kepada PSV Eindhoven dalam saingan Liga Europa.