PN Terengganu umum calon 3 November

Iklan
Ariffin Deraman

KUALA TERENGGANU – Perikatan Nasional (PN) Terengganu akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di lapan Parlimen negeri ini dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pada 3 November nanti.

Pengarah Pilihan Raya PN Terengganu, Ariffin Deraman berkata, majlis pengisytiharan calon itu akan disempurnakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bermula jam 9 malam di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain Abdul Hadi, beberapa pemimpin utama lain dijangka hadir termasuk, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang.

Sebelum ini, Pas mengesahkan akan bertanding di tujuh kerusi manakala satu kerusi ditandingi rakan gabungan dari Bersatu.

Iklan

Tujuh kerusi itu ialah Besut, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, Setiu, Dungun dan Kuala Nerus manakala satu kerusi yang akan ditandingi Bersatu ialah di Hulu Terengganu.

Ariffin berkata, semua calon PN di Terengganu juga telah bersetuju untuk menggunakan logo bulan dalam PRU15 dan jentera kini sudah pun bergerak bagi memastikan kemenangan PN.

Iklan

"Kita mahu memastikan tujuh kerusi PN kekal milik kita dan berjaya merampas kerusi Parlimen Besut,” katanya.

Sementara itu, Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka hadir ke Terengganu pada 2 November nanti dalam misi jelajah PN.

"Beliau akan hadir dalam satu majlis di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada jam 9 malam,” katanya.