Kedah bentang bajet 2023
Iklan
Muhammad Sanusi selepas pembentangan Bajet Kedah 2023 di Wisma Darul Aman Alor Setar pada Ahad.
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membentangkan Bajet 2023 berjumlah RM1.059 billion dengan jangkaan defisit 14.17 peratus atau RM104.12 juta.
Menurutnya, kerajaan negeri mencadangkan peruntukan perbelanjaan mengurus berjumlah RM839.12 juta dengan RM104.04 juta daripada jumlah itu adalah sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan.
Iklan
Iklan
"Di bawah peruntukan perbelanjaan mengurus, pecahan peruntukan adalah seperti berikut iaitu Perbelanjaan Tanggungan sebanyak RM89.73 juta dan Perbelanjaan Perbekalan sebanyak RM749.39 juta.
"Kenaikan pada perbelanjaan ini adalah sebagai merealisasikan teras bajet dan perancangan yang telah dibuat," katanya semasa membentangkan Bajet Kedah 2023 di Wisma Darul Aman, dekat sini pada Ahad.
Iklan
Beliau juga mencadangkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri berjumlah RM220 juta bagi Bajet 2023 melibatkan 9 jabatan pelaksana.
Semua ADUN Kedah bergambar selepas pembentangan Bajet Kedah 2023 di Wisma Darul Aman Alor Setar pada Ahad.
"Bajet 2023 juga mencadangkan Anggaran Pembangunan Hutan berjumlah RM8.9 juta dengan Terimaan Hasil daripada Kumpulan Wang Pembangunan Hutan dijangkakan berjumlah RM4.5 juta.
Iklan
"Kutipan Pembangunan Hutan dan Terimaan daripada Pemberian 'Ecological Fiscal Transfer For Biodiversity Conservation (EFT)' pula berjumlah RM4.4 juta," ujar Muhammad Sanusi.
Menurutnya, Kedah akan memfokuskan kepada tiga strategi utama iaitu memulihkan dan mencergaskan pertumbuhan ekonomi domestik, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat dan mengoptimakan teknologi dan peningkatan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
"Bagi anggaran hasil 2023 pula, kerajaan negeri menganggarkan hasil sebanyak RM735 juta dan daripada jumlah itu hasil cukai adalah penyumbang terbesar sebanyak RM346.95 juta atau 47.2 peratus.
"Hasil kedua tertinggi adalah daripada Hasil Bukan Cukai menyumbang 30.33 peratus atau RM222.92 juta. Terimaan Bukan Hasil pula adalah berjumlah RM165.13 juta atau 22.47 peratus," katanya MB Kedah itu lagi.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.