Pengundi 18 masih tak kenal logo parti
Iklan
Mohamad Armi
DUNGUN - Pengundi berusia 18 tahun atau pengundi baharu di kawasan ini dilihat masih keliru untuk menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini kerana ada yang masih tidak kenal bendera dan tertukar logo sesebuah parti.
Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Dungun, Mohamad Armi Hitam berkata, hasil program turun padang dan pertemuan dengan golongan berkenaan didapati pemahaman politik mereka berada pada tahap membimbangkan.
Iklan
Iklan
"Ada kebaikan dan keburukannya apabila perkara ini diperkenalkan kerana kita perlu bekerja keras untuk memberi kefahaman kepada mereka.
"Anak muda tinggal di kampung pemahaman mereka lebih baik, tetapi yang tinggal di bandar memang perlu lebih perhatian," katanya.
Iklan
Menurut beliau, untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada golongan ini, pihaknya memerlukan bajet yang agak besar.
"Bajet kita tidak mencukupi tetapi kita tetap bersemangat dan pengundi 21 tahun ke atas dilihat begitu teruja untuk berjuang bersama BN," katanya.
Iklan
Beliau yang juga pemegang portfolio Bendera, Poster, Sepanduk Parlimen Dungun berkata, sebanyak 30,000 bendera parti berkenaan diagih untuk dipasang di lokasi strategik.
"Sepanjang tempoh sebelum penamaan kita pasang bendera secara santai-santai sahaja dan mungkin akan lebih agresif sebaik sahaja calon diumumkan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>