[VIDEO] PH umum 14 calon Parlimen Kedah kecuali Langkawi
Iklan
MAHFUZ, LATIPAH dan SIMON OOI TZE MIN
SUNGAI PETANI - Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan empat calon dari Amanah dan satu DAP bagi kerusi Parlimen di Kedah yang bakal berentap dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selain sembilan kerusi diwakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah diumumkan pada Jumaat.
Antara calon Amanah ialah mengekalkan Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), memperkenalkan Mantan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Latipah Md Yatim (Sik), Ketua Amanah Kawasan Baling, Johari Abdullah (Baling) dan Ketua Pemuda Amanah Padang Terap, Muaz Abdullah (Padang Terap).
Iklan
Iklan
PH turut memperkenalkan Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff (Jerai) sebagai calon tunggal parti berkenaan di negeri itu.
Susulan itu, Mahfuz berkata, PH akan memastikan kesemua 15 kerusi Parlimen di Kedah yang ditandingi mampu dimenangi dalam PRU15 nanti.
Iklan
Jelasnya, keputusan mempertaruhkan Latipah dilihat mampu memberi keyakinan kepada rakyat dalam usaha membawa perubahan baharu kepada masa depan Malaysia.
Bagaimanapun, difahamkan, kerusi bagi Parlimen Langkawi akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Iklan
Antara yang hadir ke pengisytiharan calon PH Kedah di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani pada Sabtu.
Latipah ketika ditemui sejurus pengisytiharan calon PH Kedah dibuat di Bandar Laguna Merbok di sini berkata, peluang itu adalah titik pertama bagi memartabatkan wanita yang kini berkebolehan, setanding pemimpin lain.
"Saya mampu menyelami hati rakyat yang kebanyakan penoreh getah di Sik, saya datangnya dari keluarga susah, adik beradik ada 15 orang, jadi itu sedikit-sebanyak yang akan dijadikan pembakar semangat untuk terus berjuang demi rakyat," katanya.
Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan sebanyak 72 calon dari parti itu bakal bertanding dalam PRU15 pada 19 November nanti.
Turut tersenarai, sembilan kerusi calon Parlimen di Kedah iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kulim Bandar Baru), Nor Azrina Surip (Merbok), Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali (Jerlun) dan Aizuddin Ariffin (Kubang Pasu).
Antara lain termasuk Simon Ooi Tze Min (Alor Setar), Dr Azman Ismail (Kuala Kedah), Zulkifly Mohamad (Pendang), Dr Mohammed Taufiq Johari (Sungai Petani), dan Karupaiya Mutusami (Padang Serai).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>