Warga emas terlantar derita tiga penyakit

Iklan
Mohd Faizal memberi perhatian penuh kepada Rahmah yang menghidap penyakit darah tinggi, jantung kronik dan buah pinggang.

KOTA BHARU - Seorang warga emas berusia 65 tahun kini hanya mampu terlantar sejak tiga tahun lalu akibat diserang penyakit darah tinggi, jantung kronik dan buah pinggang tahap empat.

Lebih merumitkan, Siti Rahmah Ibrahim yang kini terlantar di rumahnya di Kampung Pangkal Canggung di sini turut diserang angin ahmar di bahagian kiri badan sejak 2018.

Iklan
Iklan

Anak keempat Siti Rahmah, Mohd Faizal Ali, 38, berkata, ibunya diuji dengan penyakit darah tinggi dan jantung kronik sejak tahun 2016 manakala penyakit buah pinggang pada 2018.

"Doktor memaklumkan 38 peratus buah pinggang ibu sudah rosak dan menasihatkan supaya menjaga pemakanan serta rutin harian bagi mengelakkan dialisis," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Iklan

Menurut Mohd Faizal, ibunya juga berulang-alik ke Hospital Besar Machang dan Hospital Kuala Krai sejak tiga tahun lalu untuk rawatan susulan penyakit jantung.

Ujarnya, perbelanjaan untuk keperluan itu ialah kira-kira RM500 sebulan.

Iklan

Sehingga kini katanya, kos itu ditanggung bapa mereka, Mohd Azmi Mohamed Nor, 55, yang hanya bekerja kampung dibantu anak-anak kerana tidak menerima sebarang bantuan.

Ujar Mohd Faizal, empat adik-beradiknya yang berusia antara 22 hingga 41 tahun bergilir-gilir menjaga ibunya dengan melakukan senaman tangan dan badan setiap hari bagi mengelakkan luka dan melancarkan pengedaran darah.

Tambahnya, sebelum ini ibunya kerap mengalami sawan akibat darah tinggi tetapi semakin baik selepas memakan pil yang dibekalkan doktor.

"Ingatannya juga merosot selepas demam panas yang teruk pada Julai lalu tetapi alhamdulillah kerana ibu masih boleh memberi arahan jika memerlukan bantuan," katanya.

Mereka yang mahu menghulurkan bantuan atau derma boleh menghubungi Mohd Faizal di talian 01121936240.