PRU15: Pas tampil dua calon wanita di Kelantan
Iklan
KOTA BHARU - Pas akan menampilkan dua calon wanita di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berbanding hanya seorang pada pilihan raya lepas, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Pada PRU14, Pas Kelantan hanya memiliki seorang calon wanita iaitu Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang mewakili Parlimen Rantau Panjang.