Bapa, anak maut dalam perjalanan ke sekolah

Iklan
Kedua-dua mangsa disahkan maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah.

TASEK GELUGOR - [DIKEMAS KINI] Dua beranak maut dalam kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di Jalan Padang Menora di sini pada pagi Jumaat.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Izham Haniff Ibrahim, 46, dan anak lelakinya, Lutfir Rahman, 15.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, mangsa dari Padang Chempedak dikatakan dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati motosikal yang dinaiki dua beranak itu hilang kawalan sebelum terjatuh di laluan bertentangan.

Iklan

Menurutnya, sebuah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) tidak sempat mengelak kedua-dua mangsa dan merempuh mereka.

"Akibat pelanggaran itu, dua beranak itu mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan

"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Mohd Radzi berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.