West Ham kekalkan rentak kemenangan

Iklan
Lanzini (tengah) meraikan jaringannya ketika bantu West Ham tewaskan Silkeborg. - Foto AP

PENGENDALI West Ham, David Moyes nyata gembira dengan aksi yang ditampilkan pasukannya ketika berjaya mengekalkan rentak kemenangan pasukan itu dalam saingan Liga Konferensi Europa selepas menewaskan Silkeborg 1-0 awal pagi tadi.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Scotland itu sedikit kecewa dengan barisan serangannya yang gagal menyempurnakan beberapa peluang yang terhidang untuk menang dengan jaringan yang lebih besar.

Iklan
Iklan

"Kami bermain dengan sangat baik dan seperti anda lihat, mereka mengawal permaianan untuk satu tempoh yang agak lama.

"Cumanya, mereka gagal untuk mendapatkan jaringan yang banyak. Mereka perlu lebih klinikal terutama apabila berada di depan gol.

Iklan

"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan pemain-pemain. Mereka layak untuk meraih kemenangan ini,” ujarnya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium London, Manuel Lanzini memastikan The Hammers mengutip tiga mata di laman sendiri apabila memperoleh gol tunggal selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-24.

Iklan

Kemenangan itu menyaksikan West Ham berjaya lolos ke pusingan seterusnya selepas mengumpul 15 mata dalam lima perlawanan dan kini berada di kedudukan pertama kumpulan B.