Mohd Radzi yakin mampu cipta era baharu buat Putrajaya
Iklan
Dr Radzi Jidin - BERNAMA
SHAH ALAM - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menyatakan keyakinan beliau untuk mencipta era baharu buat Putrajaya dengan sokongan seluruh jentera Perikatan Nasional (PN) dan warga kawasan Parlimen itu.
Menurutnya, setelah berkhidmat sebagai menteri kabinet dan menetap di Putrajaya, beliau telah menyelami sedikit sebanyak permasalahan penduduk, selain dikongsikan sendiri warga Putrajaya sama ada ketika program rasmi atau pertemuan biasa.
Iklan
Iklan
"Insya-ALLAH, dengan amanah yang diberikan oleh PN ini, saya akan perjuangkan suara warga Putrajaya dan ikhtiarkan sebaiknya demi kesejahteraan penduduk.
"Saya percaya dengan kerjasama dan dukungan seluruh jentera PN, tidak terkecuali setiap warga Putrajaya, kita semua mampu mencipta era baharu Putrajaya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Iklan
Pada Rabu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan parti itu akan mempertaruhkan Mohd Radzi di P125 Parlimen Putrajaya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Mohd Radzi berkata, pengumuman oleh Muhyiddin semasa program Jelajah Prihatin Putrajaya merupakan satu penghormatan dan amanah yang akan digalas sebaiknya.
Iklan
"Terima kasih Tan Sri Muhyiddin, pucuk pimpinan PN serta kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atas kepercayaan yang diberikan.
"Memetik kata-kata Tan Sri Muhyiddin semalam, ‘keberadaan kita adalah untuk mewujudkan kerajaan dan kepimpinan yang baik, prihatin, amanah dan penuh integriti yang dapat melaksanakan pembangunan menyeluruh sehingga Malaysia kembali menjadi negara hebat dan disegani’.
"Saya bertekad untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan perubahan berlaku dalam arena politik negara, bermula dari Putrajaya,” jelas beliau.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.