30 kru filem terperangkap dalam Gua Tempurung

Iklan
Pasukan bomba dan polis tiba di lokasi 30 kru produksi Singapura dipercayai terperangkap di Gua Tempurung. - Foto ihsan pembaca

GOPENG - [DIKEMAS KINI] Seramai 30 individu terperangkap di Gua Tempurung berhampiran Kampung Sahom di sini, pada Rabu selepas laluan keluar dinaiki air disebabkan hujan lebat.

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, kesemua mereka merupakan kru produksi dari Singapura yang sedang menjalankan aktiviti penggambaran di kawasan itu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejadian berlaku disebabkan air naik mendadak di laluan gua berkenaan yang berpunca daripada hujan lebat berterusan.

Kesemua mangsa berjaya di bawa keluar oleh pasukan penyelamat. - Foto ihsan pembaca

"Kesemua mangsa yang terlibat adalah kru pengambaran filem berjudul 'Bursting Point' dari syarikat perfileman Singapura yang sedang mejalankan kerja-kerja perfileman," katanya.

Iklan

Menurutnya, kesemua mangsa merupakan warga tempatan dan Singapura berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

"Pasukan bomba bersama polis telah menjalankan operasi menyelamat di lokasi kejadian.

Iklan

"Kesemua kru yang terperangkap telah berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari kawasan tersebut. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa yang dilaporkan," katanya.