Reman empat hari pecah masuk rumah majistret

Iklan
Suspek direman selama 4 hari bagi membantu siasatan.

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk rumah seorang Majistret Kuala Terengganu, Ahad lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab Karim@Isa, bermula hari ini sehingga Sabtu untuk siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

Suspek yang berusia 23 tahun itu dipercayai memecah masuk kediaman majistret berkenaan di Chendering dan mengambil beberapa barangan berharga.

Susulan laporan yang dibuat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu membuat serbuan dan pemeriksaan di sebuah rumah di Atas Tol kira-kira jam 7.45 malam dan membawa kepada penahanan suspek bagi siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.