PRU15: UMNO yakin menang di Jeli
Iklan
Mohd Adhan (belakang, kanan) mengiringi Fatimah pada majlis perasmian Program Berkhatan Muhibah Bilateral Malaysia-Thailand di Bukit Bunga pada Selasa.
TANAH MERAH -"Kami terkejut Tok Pa (bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamad) akan guna logo Pas," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Datuk Mohd Adhan Kechik.
Beliau berkata, sebelum ini Pas bukan sahaja menjadi musuh tradisi UMNO di Jeli malah parti itu tidak pernah menang sepanjang enam penggal bertanding di Parlimen itu.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, Mohd Adhan yakin UMNO dapat mengekalkan kerusi Parlimen Jeli pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju menggunakan logo Pas pada pilihan raya itu.
ADUN Bukit Bunga, Datuk Mohd Adhan Kechik berkata, keputusan menggunakan lambang Pas sebenarnya memberi peluang kepada BN untuk memenangi kerusi berkenaan.
Iklan
"Enam penggal BN bertanding di sini, Pas tidak pernah menang. Kita (BN) lebih suka jika beliau menggunakan lambang Pas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Berkhatan Muhibah Bilateral Malaysia-Thailand di Bukit Bunga pada Selasa.
Iklan
Hadir merasmikan majlis ialah, Timbalan Gabenor wilayah itu, Fatimah Sabeeyamu.
Tambah Mohd Adhan, sambutan terhadap UMNO juga semakin hebat dan ramai penyokong sudah Pas beralih arah.
"Kita dapat lihat masyarakat di Jeli ramai yang 'bermigrasi' dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN," katanya.
Pada Sabtu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Mustapa dilaporkan bersetuju menggunakan logo Pas pada pilihan raya itu.
Menurut Muhyiddin, ia selaras hasil mesyuarat yang memutuskan calon di Kelantan menggunakan logo Pas.
Mohd Adhan dalam pada itu memberitahu, situasi politik yang mencabar kini menjadikan UMNO Jeli lebih bersatu dan bersedia untuk menghadapi PRU15.
"BN Jeli sudah mantap dan kita tidak kisah jika beliau (Mustapa) menggunakan apa sahaja lambang pada pilihan raya ini,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRU15 pada 5 November manakala pengundian awal 15 November dan hari mengundi 19 November depan.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.